
Sii Azwan tuu loooo. =p
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Pasukan Projek Ikan Pusu (PIP) dan pasukan Muara Vella akan bertemu pada perlawanan akhir kejohanan Liga Bola Sepak Kebangsaan Bawah 14 Tahun selepas menumpaskan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Negara Hassanal Bolkiah malam ini.
Pasukan PIP yang berjaya membelasah pasukan Sekolah pada pusingan separuh pertama turun dengan yakin untuk mengulangi kecemerlangan itu menerusi serangan-serangan bahaya mereka.
Bos PIP, Haji Omar tidak menunggu lama untuk menyaksikan anak buahnya merayakan jaringan pertama apabila Hamid Haji Yahya bijak meloloskan diri sebelum melepaskan rembatan untuk menggegarkan gawang lawan ketika perlawanan baru melalui 5 minit.
Hamid kembali membuat penyokong PIP ceria selepas berjaya menambah jaringan di minit ke-39.
Babak kedua kembali menyaksikan perlawanan menarik apabila PIP bijak membuat asakan pantas sebaik wisel bermula dan Awangku Mohd Asri Pengiran Azahri berjaya menjarakkan kedudukan di minit ke-46 dan menambah jaringan di minit ke-59.
Kemudian Azwan Hassan pula melengkapkan kemenangan besar PIP menerusi jaringan di minit ke-70
Sementara itu, jaringan Awangku Abdul Hafiz Pengiran Zahari di minit ke-11 sudah cukup membawa pasukan Muara Vella FC ke final selepas berjaya menumpaskan pasukan Skim JPKK Tutong 1-0.
Sekalipun hanya memperolehi kemenangan tipis, Muara Vella mara ke final dengan agregat 3-1 untuk berdepan dengan pasukan PIP.
Muara Vella Academy will face Project Ikan Pusu in the final of the U-14 National League on Sunday at the Hassanal Bolkiah National Stadium. In the second leg semifinals last night, Muara Vella beat JPKK Tutong 1-0 (aggregate 3-1) and PIP beat Sport School 5-0 (aggregate 11-2). Photo shows the match between JPKK Tutong and Muara Vella Academy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan